Apa Itu Konsep Dropship ?

.

Apa Itu Konsep Dropship ?

Sebagai contoh, katakan ada seorang pelanggan anda nak beli Produk A.

Harga runcit Produk A ialah RM 60 seunit. Tapi disebabkan anda adalah Special Agent Ryxal Dropship Center, maka anda akan dapat harga ejen dari Ryxal Dropship Center iaitu hanya RM 50 seunit.

Pelanggan anda akan bayar [secara bank-in / online tranfer] kepada anda harga runcit sebanyak RM 60 [+ RM 8 caj PosLaju jika ada].

Selepas itu anda akan bayar harga ejen [secara online tranfer] kepada Ryxal Dropship Center iaitu RM 50 [+ RM 8 caj PosLaju jika ada].

Anda akan dapat lebihan / komisyen sebanyak RM 10 seunit dari situ [RM 60 – RM 50].

Dan selepas itu Ryxal Dropship Center akan PosLaju Produk A itu terus kepada pelanggan anda.

Perkiraan di atas hanyalah contoh jika anda dapat jualan untuk 1 unit. Jika jualan anda 10 unit, anda akan dapat RM 100.

Dengan konsep ini, anda sebenarnya tak keluarkan modal duit walau 10 sen pun untuk pembelian stok kerana sebelum anda buat pembayaran kepada Ryxal Dropship Center, pelanggan anda sudah membayar harga stok itu kepada anda.

Apa yang anda perlu buat hanyalah iklankan dan cari pelanggan / pembeli.

Anda juga tak perlu pegang / simpan stok kerana stok dari gudang akan di PosLaju terus kepada pelanggan anda.

Berminat nak bisnes guna konsep dropship ?

.


.

DAFTAR SINI

.


.

Apa Komen Anda ?