Cadangan Penubuhan Koperasi Permodalan Ryxal Malaysia Berhad [KPR] telah dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Ryxal, Tuan Ryan Ryxal.

Objektif penubuhannya adalah untuk menjadikan KPR sebagai satu medium simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia.

Visi penubuhannya pula adalah untuk memegang sehingga maksimum 49% ekuiti dalam setiap syarikat-syarikat Kumpulan Ryxal dan memperoleh dividen tahunan melaluinya.

Ianya sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta memiliki pegangan dalam syarikat-syarikat Kumpulan Ryxal melalui KPR, yang juga merupakan wawasan dan inisiatif prihatin Kumpulan Ryxal untuk kemajuan ekonomi rakyat Malaysia.

 

Modal pelaburan minima dari setiap peserta bermula daripada RM100 dan tanpa had maksima ditetapkan.